Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

Kata Nama Majmuk

Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur. [Tatabahasa Dewan] 3 Jenis Kata Nama Majmuk terdiri daripada rangkai kata bebas   guru besar   tengah hari   tepian gelanggang   balai raya   rukun tetangga   kertas kerja   urus setia   atur cara   Menteri Besar   Raja Permaisuri   Datuk Bendahara   Timbalan Naib Canselor   Ketua Pustakawan   Setiausaha Sulit   Leftenan Jeneral merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah   mogok umum   deria rasa   temu duga   cari gali   segi empat tepat   telefon dail terus   analisis teks mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)   kepala batu   duit kopi   tangkai jering   lipas kudung   buah hati Kata Majmuk Mantap – Bentuk yang telah dimantapkan  Contoh ayat: 1. antarabangsa Datuk Lee Chong Wei ialah pemain badminton

KATA NAMA TUNGGAL AKRONIM

    Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujar sebagai satu perkataan . Misalnya, RISDA .   Jika akronim yang dicipta tidak dapat diujarkan sebagai satu perkataan yang boleh disebut terus , maka perkataan tersebut tidak dikira sebagai akronim . Contohnya, PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) Jika disebut huruf demi huruf, bentuk itu ialah inisialisme. Namun demikian, jika disebut sebagai satu kata, bentuk itu ialah akronim , contoh MAS ( Malaysian Airlines System ). [Kho, T. E. (2022, Mei 9). Singkatan, Akronim dan Inisialisme. Dipetik dari https://dewanbahasa.jendeladbp.my]   4 jenis kata nama akronim a)    Cantuman beberapa huruf awal rangkai kata Dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakan terdiri daripada nama khas ·         ABIM    – Angkatan Belia Islam Malaysia ·         ADUN   – Ahli Dewan Undangan Negeri ·         IKIM     – Institut