Impak-impak Pencemaran Plastik
Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini, kita sering mendengar omelan dari bibir ke bibir tentang isu pencemaran plastik . Isu ini sering dipaparkan dalam media arus perdana. Menurut liputan berita Astro Awani , pencemaran plastik telah menjadi ancaman global akibat lebih daripada 8 juta tan sisa plastik memasuki lautan saban tahun. Keadaan ini wajar dipandang serius kerana akan membahayakan alam sekitar dan memudaratkan kesihatan manusia jika dibiarkan berlarutan. Persoalannya, sejauh manakah ancaman pencemaran plastik kepada alam sekitar dan hidupan di bumi? Sehubungan dengan itu, marilah kita menghalusi satu demi satu impak pencemaran plastik agar pengetahuan kita bertambah tentang isu ini umpama peribahasa, jauh perjalanan, luas pemandangan. Umum mengetahui bahawa, pencemaran plastik akan membawa kesan yang ketara kepada pencemaran air . Hal ini dikatakan demikian kerana berjuta-juta tan sisa plastik dibua...