Kepentingan Amalan Menabung
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, amalan menabung semakin terpinggir dalam kalangan masyarakat. Isu ini sering menjadi polemik dalam wacana akademik. Sesungguhnya, masalah ini tidak wajar dipandang sebelah mata terutamanya dalam situasi ekonomi dunia yang tidak stabil lantaran ancaman COVID-19 yang melanda dunia beberapa tahun ini. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan amalan menabung kepada masyarakat agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan mulia ini kerana jauh berjalan luas pandangan. Umum mengetahui bahawa, kepentingan prima amalan menabung ialah amalan ini dapat memupuk sifat berjimat cermat dan tidak boros dalam diri kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita akan berbelanja secara berhemat. Sebagai contoh, kita akan menyediakan senarai barang keperluan sebelum membeli-belah. Impaknya, kita akan membeli barang yang penting dan berguna sahaja. Maka, jelaslah bahawa, amalan menabung melatih kita supaya b...