Bahagiabn A: Syarahan - Kebaikan-kebaikan Masyarakat Bertani

 



Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha pengetua sekolah, Puan Tham, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Kebaikan-kebaikan Masyarakat Bertani.

Hadirin yang saya hormati,

    Pada era langit terbuka ini, kerajaan telah menyeru masyarakat agar bercucuk tanam di rumah ekoran krisis bekalan makanan  yang melanda seantero dunia. Pelbagai program pertanian telah dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian negara ibarat kata peribahasa, berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu. Persoalannya kini, apakah kebaikan-kebaikan masyarakat bertani?

Hadirin sekalian,

    Kemaslahatan perdana aktiviti pertanian ialah masyarakat dapat menjana sumber ekonomi negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat dapat menjual hasil lebihan pertanian untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh, masyarakat boleh menjual sayur dan buah seperti cili, sawi dan rambutan di pasar sebagaimana kata slogan retorik, Pertanian ialah Perniagaan. Impaknya, masyarakat dapat menambahkan rezeki keluarga bak kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. 

    Jika ditelusuri secara mendalam, masyarakat dapat menjamin kesihatan diri. Hal ini dikatakan demikikan kerana, sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi khasiat yang tinggi. Tamsilnya, buah-buahan tempatan seperti pisang, betik dan jambu batu kaya dengan serat dan vitamin. Implikasinya, masyarakat yang mengamalkan pemakanan sayur dan buah dapat menghindari penyakit yang berbahaya umpama kata peribahasa, mencegah lebih baik daripada mengubati. 

    Tidak dapat disangkalkan juga, masyarakat dapat mewujudkan kelestarian alam sekitar. Dalam konteks ini, tumbuh-tumbuhan dapat menghijaukan persekitaran dan membekalkan oksigen kepada hidupan di bumi bagai serampang dua mata. Kesannya, keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan dan isu kesan rumah hijau dapat diminimumkan. Tegasnya, kegiatan pertanian dapat membantu negara ke arah mencapai pembangunan yang mampan. 

Saudara-saudari yang dikasihi,

    Kegiatan pertanian sememangnya mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menggembleng kudrat untuk menggalakkan masyarakat bertani bak kata peribahasa, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. kita berharap semoga masyarakat Malaysia mampu mengeluarkan hasil pertanian sendiri dan tidak lagi bergantung kepada makanan import. 

    Sekian, terima kasih. 

    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Manfaat-manfaat Semangat Kejiranan

Kepentingan Sektor Pelancongan kepada Rakyat dan Negara

Langkah-langkah Memupuk Semangat Kejiranan