Posts

Showing posts with the label Kebaikan

Kepentingan Teknologi Maklumat kepada Golongan Remaja

Image
Pada era globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Topik ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Persoalannya kini, apakah kepentingan teknologi maklumat kepada golongan remaja?      Pada hemat saya, kepentingan perdana teknologi maklumat ialah teknologi yang canggih ini dapat meningkatkan pengetahuan dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, hampir setiap remaja memiliki peranti elektronik pada masa kini. Misalnya, remaja boleh melayari Internet untuk mengetahui perkembangan semasa di seantero dunia dalam masa yang singkat. Impaknya, remaja tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Maka, jelaslah bahawa, teknologi maklumat dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas dan berminda kelas pertama.     Selain itu, teknologi maklumat penting untuk memudahkan remaja dalam pembelajaran di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, kecanggihan teknologi maklumat ...

Manfaat-manfaat Semangat Kejiranan

Image
  Dasawarsa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Sesungguhnya, jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita.  Persoalannya kini, apakah manfaat-manfaat semangat kejiranan?      Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran tetangga akan saling membantu dan hormat-menghormati dalam menjalani kehidupan. Misalnya, jiran boleh membantu kita apabila berlaku hal kecemasan kerana merekalah yang tinggal paling dekat dengan kita. Impaknya, masalah kita dapat diatasi dengan lebih baik. Maka, benarlah bahawa, semangat kejiranan penting untuk menjamin ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat.      Selain itu, semangat kejiranan penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Dalam konteks ini, penduduk setempat akan berganding bahu ibarat peribahasa, berat sama dipikul,...

Kebaikan-kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Image
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Contohnya, pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah?      Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, murid dapat mempelajari cara-cara mendirikan khemah dan menggunakan kompas apabila menyertai pasukan pengakap. Impaknya, murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Maka, jelaslah bahawa,  aktiviti kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan murid-murid.      Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang murid-murid dengan berfaedah. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid-murid akan menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah selepas waktu persekolahan. Tamsilnya, murid  menjalani latihan sukan di padang. Impaknya, murid dapat mengek...

Kepentingan Amalan Menabung

Image
  Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, amalan menabung semakin terpinggir dalam kalangan masyarakat. Isu ini sering menjadi polemik dalam wacana akademik. Sesungguhnya, masalah ini tidak wajar dipandang sebelah mata terutamanya dalam situasi ekonomi dunia yang tidak stabil lantaran ancaman COVID-19 yang melanda dunia beberapa tahun ini. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan amalan menabung kepada masyarakat agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan mulia ini kerana jauh berjalan luas pandangan.      Umum mengetahui bahawa, kepentingan prima amalan menabung ialah amalan ini dapat memupuk sifat berjimat cermat dan tidak boros dalam diri kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita akan berbelanja secara berhemat. Sebagai contoh, kita akan menyediakan senarai barang keperluan sebelum membeli-belah. Impaknya, kita akan membeli barang yang penting dan berguna sahaja. Maka, jelaslah bahawa, amalan menabung melatih kita supaya b...

Bahagiabn A: Syarahan - Kebaikan-kebaikan Masyarakat Bertani

Image
  Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha pengetua sekolah, Puan Tham, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Kebaikan-kebaikan Masyarakat Bertani. Hadirin yang saya hormati,     Pada era langit terbuka ini, kerajaan telah menyeru masyarakat agar bercucuk tanam di rumah ekoran krisis bekalan makanan  yang melanda seantero dunia. Pelbagai program pertanian telah dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian negara ibarat kata peribahasa, berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu. Persoalannya kini, apakah kebaikan-kebaikan masyarakat bertani? Hadirin sekalian,     Kemaslahatan perdana aktiviti pertanian ialah masyarakat dapat menjana sumber ekonomi negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat dapat menjual hasil lebihan pertanian untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh, masyarakat boleh menjual sayur dan buah seperti cili, sawi dan rambutan di pasar ...

Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Image
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum merangkumi pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kemaslahatan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah?  Menurut Akta Pendidikan 1996, setiap murid diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurang satu kegiatan unit beruniform, satu kegiatan persatuan dan satu kegiatan kelab sukan di sekolah. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid agar pengetahuan kita bertambah kerana jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.  Dalam konteks ini, murid-murid dapat menimba ilmu dan menguasai kemahiran yang tidak dapat dipelajari secara formal di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari cara...

Kebaikan-kebaikan Pembelajaran Secara Maya

Image
Sejak awal tahun 2020, krisis global akibat penularan wabak penyakit COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seantero dunia. Dunia pendidikan di negara kita turut mengalami perubahan yang ketara menyebabkan pembelajaran secara konvensional tertangguh dalam usaha memutuskan rangkaian penularan virus COVID-19. Lantaran itu, kaedah pembelajaran secara maya dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persoalannya kini, apakah kemaslahatan kaedah pembelajaran secara dalam talian kepada guru dan murid? Sehubungan dengan itu, kebaikan pembelajaran secara maya akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang kaedah pembelajaran ini bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.      Pada hemat saya, kebaikan prima pembelajaran secara maya ialah kaedah ini membantu guru memudahkan dan mempercepat penyampaian ilmu. Dalam konteks ini, guru dapat  menyediakan bahan pengajaran yan...

Kebaikan-kebaikan Mengamalkan Pemakanan Seimbang

Image
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah yang bersesuaian. Pengambilan makanan seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian pada kadar yang betul. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang memberikan perhatian terhadap soal kesihatan dan pemakanan. Persoalannya kini, apakah kepentingan pemakanan seimbang kepada kita? sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kebaikan amalan pemakanan seimbang agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan ini bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, amalan pemakanan seimbang penting untuk kita menjalani kehidupan yang aktif. Hal ini realitinya menjelaskan bahawa, amalan pemakanan seimbang boleh menjadikan badan kita sihat dan kuat. dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti belajar dan beriadah. Impaknya, masa k...