Cara-cara Generasi Muda Menyemarakkan Semangat Patriotik
Pada era pascakemerdekaan ini, semangat patriotik dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda kian tandus. Kebanyakan generasi muda "merdeka" hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayati makna merdeka dengan sekadar melaungkan slogan serta mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata. Jika ditelusuri secara mendalam, fenomena ini terjadi disebabkan oleh kekurangan didikan sejak kecil, kempen patriotik kurang efektif dan kelonggaran penerapan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Situasi ini perlu dipandang serius kerana golongan inilah yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara ibarat kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sehubungan dengan itu, marilah kita menghalusi cara-cara yang boleh dilakukan oleh generasi muda untuk menyemarakkan semangat patriotik sebelum kudis menjadi tokak agar inti pati wacana ini dapat meningkatkan kesedaran seluruh strata masyarakat di negara ini. ...