Manfaat-manfaat Semangat Kejiranan
Dasawarsa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Sesungguhnya, jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Persoalannya kini, apakah manfaat-manfaat semangat kejiranan? Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran tetangga akan saling membantu dan hormat-menghormati dalam menjalani kehidupan. Misalnya, jiran boleh membantu kita apabila berlaku hal kecemasan kerana merekalah yang tinggal paling dekat dengan kita. Impaknya, masalah kita dapat diatasi dengan lebih baik. Maka, benarlah bahawa, semangat kejiranan penting untuk menjamin ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat. Selain itu, semangat kejiranan penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Dalam konteks ini, penduduk setempat akan berganding bahu ibarat peribahasa, berat sama dipikul,...