Cara-cara Melahirkan Pengguna yang Bijak Berbelanja
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, isu kepenggunaan di negara kita semakin meruncing. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, pengguna berusia 25 hingga 35 tahun paling ramai diisytiharkan muflis kerana terlalu mengikut trend terkini tanpa mengambil prinsip ukur baju di badan sendiri, sebaliknya membudayakan sikap biar papa asalkan bergaya. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah melahirkan pengguna yang bijak berbelanja akan dibincangkan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan bijak berbelanja kerana jauh berjalan luas pandangan. Langkah perdana yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan pengguna yang bijak berbelanja ialah persatuan pengguna hendaklah menganjurkan Kemepen Kesedaran Pengguna di seluruh negara. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang tanggungjawab dan hak...