Posts

Showing posts with the label kerajaan

Peranan Pihak Kerajaan Mengatasi Kepupusan Hidupan Liar

Image
Pada era langit terbuka ini, isu kepupusan hidupan liar di Malaysia semakin hari semakin meruncing. Isu ini sering menjadi polemik dalam wacana akademik. Persoalannya kini, Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Menurut sumber Internet, kepupusan haiwan liar telah menyebabkan negara kehilangan khazanah yang berharga, justeru menjejaskan perkembangan sektor pelancongan negara. sehubungan dengan itu, peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh pihak kerajaan akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.         Pada hemat saya, pihak kerajaan perlu melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan dalam usaha mengatasi kepupusan hidupan liar. Hal ini dikatakan demikian kerana, undang-undang yang ketat dapat menjamin keselamatan hidupan liar. sebagai contoh, pihak jabatan Perhilitan perlu sentiasa membuat rondaan di kawasan yang sering berlaku kegiatan pemburuan haram. Kesan daripad...