Peranan Pihak Kerajaan Mengatasi Kepupusan Hidupan Liar
Pada hemat saya, pihak kerajaan perlu melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan dalam usaha mengatasi kepupusan hidupan liar. Hal ini dikatakan demikian kerana, undang-undang yang ketat dapat menjamin keselamatan hidupan liar. sebagai contoh, pihak jabatan Perhilitan perlu sentiasa membuat rondaan di kawasan yang sering berlaku kegiatan pemburuan haram. Kesan daripada usaha ini, rantaian sindiket pemburuan haram dapat dilumpuhkan, di samping mewujudkan masyarakat yang berprihatin terhadap penjagaan hidupan liar. Maka, jelaslah bahawa, pihak kerajan perlu malaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan bagi mengatasi kepupusan hidupan liar di negara kita.
Selain itu, peranan yang tidak dapat dikesampingkan ialah pihak kerajaan perlu mengadakan program kesedaran tentang kepentingan hidupan liar. Hal ini dikatakan demikian kerana, program tersebut dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab kita terhadap alam dan segala hidupan di muka bumi. Misalnya, pihak Jabatan Perhilitan boleh menganjurkan ceramah, pameran, dan tayangan dokumentari kepada oranga awm. Sebagai impaknya, kita dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Tegasnya, pihak kerajaan perlu menganjurkan program kesedaran dari semasa ke semasa sebagai prakarsa untuk menangani isu kepupusan hidupan liar di negara kita.
Dari sudut kodifikasi seterusnya, pihak kerajaan harus mewartakan hutan simpan kekal. Hal ini dikatakan demikian kerana, tindakan tersebut dapat melindungi hutan daripada dicerobohi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Tamsilnya, Hutan Simpan Beserah dan Hutan Simpan Taman Negara. Kesan daripada usaha tersebut, kita dapat melestarikan hutan, justeru dapat melahirkan masyarakat yang akur terhadap ketetapan undang-undang bak kata peribahasa, belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. Hakikatnya, pewartaan hutan simpan negara merupakan prakarsa pragmatik untuk mengatasi isu kepupusan hidupan liar.
Sebagai penyimpul kata bagi segala yang dibincangkan, pihak kerajaan seyogianya perlu memainkan beberapa peranan penting dalam usaha mengatasi kepupusan hidupan liar. Meskipun begitu, semua pihak perlu memberikan kerjasama padu bagi melindungi hidupan liar daripada diancam kepupusan bak kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jika tidak, negara kita akan dipandang rendah oleh negara luar. Kita berharap semoga masyarakat Malaysia berprihatin terhadap kelestarian hutan dan hidupan liar.
Comments
Post a Comment