Cara-cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Pada hemat saya, antara cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana, amalan pemakanan seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan. Sebagai contoh, kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian dalam sajian kita. Impaknya, kita dapat mengekalkan kesihatan diri. Tuntasnya, amalan pemakanan seimbang perlu dijadikan budaya keluarga untuk mencapai gaya hidup yang sihat.
Sudah terang lagikan bersuluh, kita perlu kerap bersukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana, amalan bersukan dapat memastikan jantung dan paru-paru kita berfungsi dengan baiknya. Misalnya, kita boleh berjoging sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kesan daripada amalan bersukan yang konsisten, kita dapat mengekalkan berat badan yang ideal di samping menghindari penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, darah tinggi dan obesiti. Keadaan ini sesuai dengan peribahasa belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. Maka, jelaslah bahawa, amalan bersukan merupakan gaya hidup yang sihat.
Jika ditelusuri secara mendalam, kita perlu mendapatkan tidur yang berkualiti. Dalam konteks ini, tidur yang berkualiti amat penting untuk memastikan badan dan otak kita mendapat rehat yang secukupnya. Tamsilnya, kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Implikasinya, kita akan lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti harian pada keesokan hari. Oleh itu, kita perlu mengamalkan tabiat tidur yang sihat untuk mencapai gaya hidup yang sihat.
Comments
Post a Comment