Cara-cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Dasawarsa ini, amalan gaya hidup sihat kurang dipraktikkan oleh masyarakat yang sibuk mengejar kesenangan hidup sehingga mengabaikan kesihatan diri. Isu ini sering disiarkan dalam media massa. Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat? Pada hemat saya, antara cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana, amalan pemakanan seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan. Sebagai contoh, kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian dalam sajian kita. Impaknya, kita dapat mengekalkan kesihatan diri. Tuntasnya, amalan pemakanan seimbang perlu dijadikan budaya keluarga untuk mencapai gaya hidup yang sihat. Sudah terang lagikan bersuluh, kita perlu kerap bersukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana, ama...