Posts

Showing posts with the label langkah

Usaha-usaha menarik Minat Golongan Muda Menceburi Bidang Pertanian

Image
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, bidang pertanian semakin tidak mendapat sambutan daripada generasi muda. Isu ini sering menjadi polemik dalam media massa. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, golongan muda berpersepsi bahawa bidang pertanian memerlukan tenaga fizikal yang banyak dan tidak memberikan pulangan yang lumayan berbanding dengan kerjaya di dalam pejabat yang berhawa dingin. Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk menarik minat generasi muda menceburi bidang pertanian? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu peranan masyarkat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai bidang pilihan anak muda.     Pada hemat saya, ibu bapa perlu memainkan peranan prima dalam usaha menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian. Hal ini dikatakan demkian kerana, ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak dan mampu mempengaruhi persepsi anak terhadap bidang pertanian. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mela...

Cara-cara Seseorang Murid Memanfaatkan Cuti Sekolah

Image
Cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh murid sekolah. Meskipun begitu, cuti sekolah sewajarnya dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah persis kata mutiara, masa itu emas. Perkara ini penting bagi mengelakkan murid terjebak dengan gejala negatif. Persoalannya kini, bagaimanakah seseorang murid dapat memanfaatkan cuti sekolah? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk memanfaatkan cuti sekolah.                Pada hemat saya, langkah perdana ialah murid boleh menghadiri kelas tambahan di sekolah atau di pusat tuisyen pada cuti sekolah. Langkah ini dapat membantu murid memahami subjek yang masih belum dikuasai. Sebagai evidensinya, murid akan lebih fokus kepada topik yang lemah dan memperbanyak latihan intensif untuk meningkatkan pemahaman tentang topik tersebut di kelas tambahan. Impaknya, murid dapat memperbaik prestasi ...

Langkah-langkah Membina Keluarga Bahagia

Image
Dalam menelusuri era globalisasi yang penuh cabaran ini, keluarga bahagia amat dititikberatkan demi mencapai kesejahteraan hidup. Justeru, topik keluarga bahagia sering menjadi bualan masyarakat. Persoalannya kini, bagaimanakah masyarakat dapat membina keluarga yang bahagia? Hakikatnya, institusi keluarga merupakan nadi pembangunan modal insan untuk memacu kemajuan negara.  Oleh itu, marilah kita rungkai satu demi satu langkah-langkah untuk membina keluarga bahagia.     Pada hemat saya, prakarsa perdana untuk membina keluarga bahagia ialah ibu bapa mestilah menerapkan didikan agama dalam diri anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana, ajaran agama mendidik anak-anak untuk berbuat kebaikan dan menghindari kejahatan. Tamsilnya, agama Islam mendidik umat Islam supaya mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang sopan terhadap ibu bapa. Impaknya, kita dapat melahirkan anak yang syumul. Maka, jelaslah bahawa, keluarga bahagia dapat dibina jika ibu bapa menerapkan didikan ag...

Cara-cara Menggalakkan Remaja Melibatkan Diri dalam Kerjaya Bidang Bahasa

Image
  Pada era digital baharu yang dijuasai data raya, kerjaya dalam bidang bahasa asemakin dipinggirkan oleh generasi muda. Hal ini disebabkan mereka berpersepsi bahawa bidang bahasa sukar untuk mendapat peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman. Isu ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Hakikatnya, bidang bahasa sebenarnya mempunyai potensi dan prospek yang luas dalam pasaran kerja di Malaysia. Persoalannya kini, bagaimanakah kita dapat mengubah tanggapan negatif remaja terhadap kerjaya dalam bidang bahasa? Sehubungan dengan itu, cara-cara untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam kerjaya bidang bahasa akan dihuraikan  dengan lebih lanjut agar pengetahuan kita bertambah bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.     Memetik wasitah nirmala perdana, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta haruslah menganjurkan karnival kerjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, karnival tersebut dapat membuk...

Rencana: Usaha-usaha Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa Penipuan dalam Talian

Image
  Usaha-usaha Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa Penipuan dalam Talian  Oleh: Tan Kyler Dalam menelusuri era globalisasi yang kian mencabar akal dan minda, sindiket penipuan dalam talian semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Isu penipuan dalam talian sering disiarkan dalam media massa. Persoalannya kini, bagaimanakah isu tersebut dapat ditangani dengan efektifnya? Menurut Ketua Polis Negara, kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan dalam talian masih rendah walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan polis. Sehubungan dengan itu, usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut umpama kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.     Pada hemat saya, prakarsa perdana yang boleh diambil ialah masyarakat mesti...

Cara-cara Menghargai Pengorbanan Ibu Bapa

Image
Dalam menongkah arus pemodenan yang deras, isu peminggiran warga tua dalam kalangan masyarakat kita semakin meruncing. Isu tersebut sering menjadi polemik dalam wacana akademik.  Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, tanggungjawab terhadap ibu bapa tidak boleh dipandang rendah kerana membabitkan dua insan yang paling berharga dalam hidup kita. Persoalannya kini, bagaimanakah caranya menghargai pengorbanan warga tua? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu cara-cara seseorang anak menghargai pengorbanan ibu bapa dalam kehidupan mereka agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut kerana jauh berjalan luas pandangan.     Pada hemat saya, seseorang anak wajib menjaga kebajikan ibu bapa. Hal ini realitinya menjelaskan bahawa, seseorang anak wajar menjaga ibu bapa tatkala mereka sudah tua sebagaimana ibu bapa menjaga kita sejak kecil bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, anak sewajarnya menyediakan keperluan ibu bapa dan memberikan rawat...

Usaha-usaha Menangani Isu Kemalangan Jalan Raya

Image
  Dasawarsa ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90 peratus daripada kemalangan yang berlaku di negara kita berpunca daripada sikap acuh tak acuh pemandu . Persoalannya kini, bagaimanakah isu kemalangan jalan raya di negara kita dapat diatasi dengan efektifnya? Sehubungan dengan itu, usaha-usaha menangani kadar peningkatan kemalangan jalan raya akan dibincangkan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, antara usaha yang boleh dilakukan untuk menangani kadar peningkatan kemalangan jalan raya ialah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus mengadakan Kempen Kesedaran Jalan Raya secara berterusan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kempen tersebut dapat meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain. S...

Cara-cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Image
Dasawarsa ini, amalan gaya hidup sihat kurang dipraktikkan oleh masyarakat yang sibuk mengejar kesenangan hidup sehingga mengabaikan kesihatan diri. Isu ini sering disiarkan dalam media massa. Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat?     Pada hemat saya, antara cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana, amalan pemakanan seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan. Sebagai contoh, kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian dalam sajian kita. Impaknya, kita dapat mengekalkan kesihatan diri. Tuntasnya, amalan pemakanan seimbang perlu dijadikan budaya keluarga untuk mencapai gaya hidup yang sihat.     Sudah terang lagikan bersuluh, kita perlu kerap bersukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana, ama...