Usaha-usaha Menangani Isu Kemalangan Jalan Raya
Dasawarsa ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90 peratus daripada kemalangan yang berlaku di negara kita berpunca daripada sikap acuh tak acuh pemandu . Persoalannya kini, bagaimanakah isu kemalangan jalan raya di negara kita dapat diatasi dengan efektifnya? Sehubungan dengan itu, usaha-usaha menangani kadar peningkatan kemalangan jalan raya akan dibincangkan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. Pada hemat saya, antara usaha yang boleh dilakukan untuk menangani kadar peningkatan kemalangan jalan raya ialah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus mengadakan Kempen Kesedaran Jalan Raya secara berterusan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kempen tersebut dapat meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain. S...