Rencana: Usaha-usaha Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa Penipuan dalam Talian
Usaha-usaha Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa Penipuan dalam Talian Oleh: Tan Kyler Dalam menelusuri era globalisasi yang kian mencabar akal dan minda, sindiket penipuan dalam talian semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Isu penipuan dalam talian sering disiarkan dalam media massa. Persoalannya kini, bagaimanakah isu tersebut dapat ditangani dengan efektifnya? Menurut Ketua Polis Negara, kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan dalam talian masih rendah walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan polis. Sehubungan dengan itu, usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut umpama kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan. Pada hemat saya, prakarsa perdana yang boleh diambil ialah masyarakat mesti...