Langkah-langkah Membina Keluarga Bahagia
Dalam menelusuri era globalisasi yang penuh cabaran ini, keluarga bahagia amat dititikberatkan demi mencapai kesejahteraan hidup. Justeru, topik keluarga bahagia sering menjadi bualan masyarakat. Persoalannya kini, bagaimanakah masyarakat dapat membina keluarga yang bahagia? Hakikatnya, institusi keluarga merupakan nadi pembangunan modal insan untuk memacu kemajuan negara. Oleh itu, marilah kita rungkai satu demi satu langkah-langkah untuk membina keluarga bahagia. Pada hemat saya, prakarsa perdana untuk membina keluarga bahagia ialah ibu bapa mestilah menerapkan didikan agama dalam diri anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana, ajaran agama mendidik anak-anak untuk berbuat kebaikan dan menghindari kejahatan. Tamsilnya, agama Islam mendidik umat Islam supaya mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang sopan terhadap ibu bapa. Impaknya, kita dapat melahirkan anak yang syumul. Maka, jelaslah bahawa, keluarga bahagia dapat dibina jika ibu bapa menerapkan didikan ag...