Peranan-Peranan Ibu Bapa untuk Menjamin Kesihatan Mental Anak
Dalam menelusuri era globalisasi yang kian mencabar akal dan minda, isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sejumlah 424,000 orang kanak-kanak didapati bergelut dengan isu kesihatan mental. Hakikatnya, ibu bapa perlu lebih peka terhadap simptom-simptom gangguan kesihatan mental yang dialami oleh anak-anak. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu peranan ibu bapa untuk menjamin kesihatan mental anak-anak kerana jauh berjalan luas pandangan. Pada hemat saya, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap emosi anak selain memenuhi keperluan fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak pada zaman yang penuh cabaran ini lebih banyak menyimpan perasaan dan isi hati mereka daripada dikongsi kepada ibu bapa. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kesibukan i...