Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur
Dalam menongkah arus pemodenan yang deras ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat majmuk. Persoalannya kini, apakah faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini? Hakikatnya, jiran merupakan sebahagian dalam kehidupan kita. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu faktor yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, antara faktor yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur ialah sikap individualistik yang semakin tebal dalam diri anggota masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat kini khususnya generasi milenium hanya mengambil berat tentang hal masing-masing tanpa mempedulikan hubungan sesama jiran tetangga ibarat kata peribahasa, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Justifikasinya,...