Kepentingan Teknologi Maklumat kepada Golongan Remaja
Pada era globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan meluas seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Topik ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Persoalannya kini, apakah kepentingan teknologi maklumat kepada golongan remaja? Pada hemat saya, kepentingan perdana teknologi maklumat ialah teknologi yang canggih ini dapat meningkatkan pengetahuan dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, hampir setiap remaja memiliki peranti elektronik pada masa kini. Misalnya, remaja boleh melayari Internet untuk mengetahui perkembangan semasa di seantero dunia dalam masa yang singkat. Impaknya, remaja tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Maka, jelaslah bahawa, teknologi maklumat dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan luas dan berminda kelas pertama. Selain itu, teknologi maklumat penting untuk memudahkan remaja dalam pembelajaran di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, kecanggihan teknologi maklumat ...