Usaha-usaha Membendung Pencemaran Udara
Dalam menelusuri era globalisasi yang penuh cabaran ini, isu pencemaran udara di negara kita semakin kritikal seperti retak menanti belah. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipersalahkan? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara yang berterusan boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk global. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu usaha yang boleh dilakukan untuk membendung pencemaran udara di negara kita agar pengetahuan kita bertambah tentang isu ini kerana jauh berjalan luas pandangan. Pada hemat saya, prakarsa prima untuk membendung pencemaran udara ialah pihak kerajaan mesti menganjurkan kempen Hari Udara Bersih secara berterusan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kempen tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang natijah pencemaran udara terhadap kesihatan. Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar M...