Posts

Showing posts with the label menggalakkan

Usaha-usaha menarik Minat Golongan Muda Menceburi Bidang Pertanian

Image
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, bidang pertanian semakin tidak mendapat sambutan daripada generasi muda. Isu ini sering menjadi polemik dalam media massa. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, golongan muda berpersepsi bahawa bidang pertanian memerlukan tenaga fizikal yang banyak dan tidak memberikan pulangan yang lumayan berbanding dengan kerjaya di dalam pejabat yang berhawa dingin. Persoalannya kini, bagaimanakah caranya untuk menarik minat generasi muda menceburi bidang pertanian? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu peranan masyarkat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai bidang pilihan anak muda.     Pada hemat saya, ibu bapa perlu memainkan peranan prima dalam usaha menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian. Hal ini dikatakan demkian kerana, ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak dan mampu mempengaruhi persepsi anak terhadap bidang pertanian. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mela...

Cara-cara Menggalakkan Remaja Melibatkan Diri dalam Kerjaya Bidang Bahasa

Image
  Pada era digital baharu yang dijuasai data raya, kerjaya dalam bidang bahasa asemakin dipinggirkan oleh generasi muda. Hal ini disebabkan mereka berpersepsi bahawa bidang bahasa sukar untuk mendapat peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman. Isu ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Hakikatnya, bidang bahasa sebenarnya mempunyai potensi dan prospek yang luas dalam pasaran kerja di Malaysia. Persoalannya kini, bagaimanakah kita dapat mengubah tanggapan negatif remaja terhadap kerjaya dalam bidang bahasa? Sehubungan dengan itu, cara-cara untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam kerjaya bidang bahasa akan dihuraikan  dengan lebih lanjut agar pengetahuan kita bertambah bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.     Memetik wasitah nirmala perdana, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta haruslah menganjurkan karnival kerjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, karnival tersebut dapat membuk...