Cara-cara Seseorang Murid Memanfaatkan Cuti Sekolah
Cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh murid sekolah. Meskipun begitu, cuti sekolah sewajarnya dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah persis kata mutiara, masa itu emas. Perkara ini penting bagi mengelakkan murid terjebak dengan gejala negatif. Persoalannya kini, bagaimanakah seseorang murid dapat memanfaatkan cuti sekolah? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk memanfaatkan cuti sekolah. Pada hemat saya, langkah perdana ialah murid boleh menghadiri kelas tambahan di sekolah atau di pusat tuisyen pada cuti sekolah. Langkah ini dapat membantu murid memahami subjek yang masih belum dikuasai. Sebagai evidensinya, murid akan lebih fokus kepada topik yang lemah dan memperbanyak latihan intensif untuk meningkatkan pemahaman tentang topik tersebut di kelas tambahan. Impaknya, murid dapat memperbaik prestasi ...