Usaha-usaha Membudayakan Sukan dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzxF6o26NepJhW3Iu1IoePg79EvO31ztwqTwLVqqnxipzdPL-mAGawjLVG4bMQkxMdNSw0f1W4dWkcV-fri6QvdkHTh7IBeoSSE6hW5TYuWUVtOjbx0Bsr4QZ0wtSIqdQCKw7uJlEtZnE/w454-h375/image.png)
Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, budaya bersukan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Menurut Menteri Belia dan Sukan, tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan bersukan masih rendah. Persoalannya kini, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membudayakan sukan dalam kehidupan masyarakat Malaysia? Pada hemat saya, prakarsa perdana untuk membudayakan sukan dalam kehidupan masyarakat Malaysia perlu bermula di bangku sekolah lagi. Dalam konteks ini, pihak sekolah perlu melaksanakan Dasar Satu Murid Satu Sukan dengan tegasnya. Menerusi dasar tersebut, setiap murid diwajibkan menyertai kelab sukan di sekolah. Tamsilnya, Kelab Badminton, Kelab Ping Pong dan Kelab Hoki. Impaknya, murid akan berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk memupuk minat bersukan ibarat kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Maka, jelaslah bahawa, budaya bersukan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi seperti kata...