Punca-punca Pencemaran Udara
Dalam menongkah arus pemodenan yang deras, isu pencemaran udara di negara kita semakin kritikal seperti retak menanti belah. Isu ini sering disiarkan dalam media massa dan diperkatakan oleh masyarakat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara yang berterusan boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk global. Persoalannya kini, mengapakah fenomena ini berlaku? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu punca pencemaran udara agar pengetahuan kita bertambah tentang fenomena ini kerana jauh berjalan luas pandangan. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Punca perdana pencemaran udara ialah pelepasan asap hitam oleh industri perkilangan. Dalam konteks ini, pengusaha kilang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JASM). Sebagai evidensinya, p engusaha kilang kimia tidak memasang alat penapis udara atau alat pemantauan secara automatik pelepasan sisa enfluen...