Posts

Showing posts with the label punca

Faktor-faktor Menyebabkan Penyakit Kanser

Image
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, kes kematian akibat kanser di Malaysia semakin kritikal. Topik kanser sering menjadi wacana ilmu perubatan di peringkat global. Persoalannya kini, apakah faktor-faktor yang menyebabkan penyakit kanser? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia. Antara lima jenis kanser yang lazim di Malaysia ialah kanser hati, kanser payudara, kanser paru-paru, kanser kolorektal dan kanser nasofarinks. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu faktor yang menyebabkan penyakit kanser agar pengetahuan kita bertambah tentang penyakit ini kerana jauh berjalan luas pandangan.     Pada hemat saya, faktor prima menyebabkan penyakit kanser ialah tabiat suka merokok dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembakaran tembakau dan bahan kimia di dalam rokok akan membebaskan asap yang berbahaya kepada kesihatan. Misalnya, hidrogen sianida, karbon monoksida d...

Punca-punca Pencemaran Udara

Image
  Dalam menongkah arus pemodenan yang deras, isu pencemaran udara di negara kita semakin kritikal seperti retak menanti belah. Isu ini sering disiarkan dalam media massa dan diperkatakan oleh masyarakat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara yang berterusan boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk global. Persoalannya kini, mengapakah fenomena ini berlaku? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu punca pencemaran udara agar pengetahuan kita bertambah tentang fenomena ini kerana jauh berjalan luas pandangan.     Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Punca perdana pencemaran udara ialah pelepasan asap hitam oleh industri perkilangan. Dalam konteks ini, pengusaha kilang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JASM). Sebagai evidensinya, p engusaha kilang kimia tidak memasang alat penapis udara atau alat pemantauan secara automatik pelepasan sisa enfluen...

Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Image
Dalam menongkah arus pemodenan yang deras ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat majmuk. Persoalannya kini, apakah faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini? Hakikatnya, jiran merupakan sebahagian dalam kehidupan kita. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu faktor yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat di Malaysia.       Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, antara faktor yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur ialah sikap individualistik yang semakin tebal dalam diri anggota masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat kini khususnya generasi milenium hanya mengambil berat tentang hal masing-masing tanpa mempedulikan hubungan sesama jiran tetangga ibarat kata peribahasa, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Justifikasinya,...

Rencana: Punca-punca Kemerosotan Tahap Disiplin dalam Kalangan Murid

Image
  Punca-punca Kemerosotan Tahap Disiplin dalam Kalangan Murid  Oleh: Tan Kyler Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, tahap disiplin dalam kalangan murid semakin merosot dan membimbangkan semua pihak. Antara masalah disiplin murid adalah seperti ponteng sekolah, merokok, buli, dan vandalisme. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Menurut liputan Berita Harian, kesalahan murid ponteng sekolah telah mencatatkan bilangan kes tertinggi pada tahun lalu. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipersalahkan? Sehubungan dengan itu, punca-punca kemerosotan tahap disiplin dalam kalangan murid akan dibincangkan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang isu tersebut bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.      Memetik wasitah nirmala perdana, punca kemerosotan tahap disiplin dalam kalangan murid disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, murid banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan di sekol...