Posts

Usaha-usaha Membendung Pencemaran Udara

Image
Dalam menelusuri era globalisasi yang penuh cabaran ini, isu pencemaran udara di negara kita semakin kritikal seperti retak menanti belah. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipersalahkan?  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara yang berterusan boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk global. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu usaha yang boleh dilakukan untuk membendung pencemaran udara di negara kita agar pengetahuan kita bertambah tentang isu ini kerana jauh berjalan luas pandangan.       Pada hemat saya, prakarsa prima untuk membendung pencemaran udara ialah pihak kerajaan mesti menganjurkan kempen Hari Udara Bersih secara berterusan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kempen tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang natijah  pencemaran udara terhadap kesihatan. Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar M...

Punca-punca Pencemaran Udara

Image
  Dalam menongkah arus pemodenan yang deras, isu pencemaran udara di negara kita semakin kritikal seperti retak menanti belah. Isu ini sering disiarkan dalam media massa dan diperkatakan oleh masyarakat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara yang berterusan boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk global. Persoalannya kini, mengapakah fenomena ini berlaku? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu punca pencemaran udara agar pengetahuan kita bertambah tentang fenomena ini kerana jauh berjalan luas pandangan.     Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Punca perdana pencemaran udara ialah pelepasan asap hitam oleh industri perkilangan. Dalam konteks ini, pengusaha kilang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JASM). Sebagai evidensinya, p engusaha kilang kimia tidak memasang alat penapis udara atau alat pemantauan secara automatik pelepasan sisa enfluen...

Kebaikan-kebaikan Pembelajaran Secara Maya

Image
Sejak awal tahun 2020, krisis global akibat penularan wabak penyakit COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seantero dunia. Dunia pendidikan di negara kita turut mengalami perubahan yang ketara menyebabkan pembelajaran secara konvensional tertangguh dalam usaha memutuskan rangkaian penularan virus COVID-19. Lantaran itu, kaedah pembelajaran secara maya dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persoalannya kini, apakah kemaslahatan kaedah pembelajaran secara dalam talian kepada guru dan murid? Sehubungan dengan itu, kebaikan pembelajaran secara maya akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang kaedah pembelajaran ini bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.      Pada hemat saya, kebaikan prima pembelajaran secara maya ialah kaedah ini membantu guru memudahkan dan mempercepat penyampaian ilmu. Dalam konteks ini, guru dapat  menyediakan bahan pengajaran yan...

Cara-cara Seseorang Murid Memanfaatkan Cuti Sekolah

Image
Cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh murid sekolah. Meskipun begitu, cuti sekolah sewajarnya dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah persis kata mutiara, masa itu emas. Perkara ini penting bagi mengelakkan murid terjebak dengan gejala negatif. Persoalannya kini, bagaimanakah seseorang murid dapat memanfaatkan cuti sekolah? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk memanfaatkan cuti sekolah.                Pada hemat saya, langkah perdana ialah murid boleh menghadiri kelas tambahan di sekolah atau di pusat tuisyen pada cuti sekolah. Langkah ini dapat membantu murid memahami subjek yang masih belum dikuasai. Sebagai evidensinya, murid akan lebih fokus kepada topik yang lemah dan memperbanyak latihan intensif untuk meningkatkan pemahaman tentang topik tersebut di kelas tambahan. Impaknya, murid dapat memperbaik prestasi ...

Faktor-faktor Semangat Kejiranan Semakin Luntur

Image
Dalam menongkah arus pemodenan yang deras ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat majmuk. Persoalannya kini, apakah faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini? Hakikatnya, jiran merupakan sebahagian dalam kehidupan kita. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu faktor yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat di Malaysia.       Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, antara faktor yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur ialah sikap individualistik yang semakin tebal dalam diri anggota masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat kini khususnya generasi milenium hanya mengambil berat tentang hal masing-masing tanpa mempedulikan hubungan sesama jiran tetangga ibarat kata peribahasa, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Justifikasinya,...

Langkah-langkah Membina Keluarga Bahagia

Image
Dalam menelusuri era globalisasi yang penuh cabaran ini, keluarga bahagia amat dititikberatkan demi mencapai kesejahteraan hidup. Justeru, topik keluarga bahagia sering menjadi bualan masyarakat. Persoalannya kini, bagaimanakah masyarakat dapat membina keluarga yang bahagia? Hakikatnya, institusi keluarga merupakan nadi pembangunan modal insan untuk memacu kemajuan negara.  Oleh itu, marilah kita rungkai satu demi satu langkah-langkah untuk membina keluarga bahagia.     Pada hemat saya, prakarsa perdana untuk membina keluarga bahagia ialah ibu bapa mestilah menerapkan didikan agama dalam diri anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana, ajaran agama mendidik anak-anak untuk berbuat kebaikan dan menghindari kejahatan. Tamsilnya, agama Islam mendidik umat Islam supaya mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang sopan terhadap ibu bapa. Impaknya, kita dapat melahirkan anak yang syumul. Maka, jelaslah bahawa, keluarga bahagia dapat dibina jika ibu bapa menerapkan didikan ag...

Cara-cara Menggalakkan Remaja Melibatkan Diri dalam Kerjaya Bidang Bahasa

Image
  Pada era digital baharu yang dijuasai data raya, kerjaya dalam bidang bahasa asemakin dipinggirkan oleh generasi muda. Hal ini disebabkan mereka berpersepsi bahawa bidang bahasa sukar untuk mendapat peluang pekerjaan, tidak produktif, kurang praktikal dan ketinggalan zaman. Isu ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Hakikatnya, bidang bahasa sebenarnya mempunyai potensi dan prospek yang luas dalam pasaran kerja di Malaysia. Persoalannya kini, bagaimanakah kita dapat mengubah tanggapan negatif remaja terhadap kerjaya dalam bidang bahasa? Sehubungan dengan itu, cara-cara untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam kerjaya bidang bahasa akan dihuraikan  dengan lebih lanjut agar pengetahuan kita bertambah bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.     Memetik wasitah nirmala perdana, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta haruslah menganjurkan karnival kerjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana, karnival tersebut dapat membuk...