Posts

Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Image
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum merangkumi pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kemaslahatan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah?  Menurut Akta Pendidikan 1996, setiap murid diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurang satu kegiatan unit beruniform, satu kegiatan persatuan dan satu kegiatan kelab sukan di sekolah. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid agar pengetahuan kita bertambah kerana jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.  Dalam konteks ini, murid-murid dapat menimba ilmu dan menguasai kemahiran yang tidak dapat dipelajari secara formal di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari cara...

Langkah-Langkah Memupuk Amalan Menabung

Image
Dalam meniti arus pemodenan ini, amalan menabung semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Sesungguhnya, amalan menabung dilihat amat penting dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi dunia yang tidak stabil. Oleh itu, marilah kita rungkai satu demi satu langkah untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat hari ini agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan mulia ini bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.     Siang bagai hari, terang bagai bulan, prakarsa perdana untuk memupuk amalan menabung sewajarnya bermula dari rumah. Hal ini realitinya menjelaskan bahawa, ibu bapa mestilah mendidik anak-anak tentang kepentingan tabiat menabung sejak kecil lagi umpama peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyediakan tabung syiling di rumah dan menggalakkan anak-anak menyimpan wang belanja persekolahan yang selebihnya di dalam tabung. Imp...

Peranan-Peranan Ibu Bapa untuk Menjamin Kesihatan Mental Anak

Image
Dalam menelusuri era globalisasi yang kian mencabar akal dan minda, isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sejumlah 424,000 orang kanak-kanak didapati bergelut dengan isu kesihatan mental. Hakikatnya, ibu bapa perlu lebih peka terhadap simptom-simptom gangguan kesihatan mental yang dialami oleh anak-anak. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu peranan ibu bapa untuk menjamin kesihatan mental anak-anak kerana jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap emosi anak selain memenuhi keperluan fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak pada zaman yang penuh cabaran ini lebih banyak menyimpan perasaan dan isi hati mereka daripada dikongsi kepada ibu bapa. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kesibukan i...

Cara-cara Melahirkan Pengguna yang Bijak Berbelanja

Image
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, isu kepenggunaan di negara kita semakin meruncing. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, pengguna berusia 25 hingga 35 tahun paling ramai diisytiharkan muflis kerana terlalu mengikut trend terkini tanpa mengambil prinsip ukur baju di badan sendiri, sebaliknya membudayakan sikap biar papa asalkan bergaya. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah melahirkan pengguna yang bijak berbelanja akan dibincangkan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan bijak berbelanja kerana jauh berjalan luas pandangan.      Langkah perdana yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan pengguna yang bijak berbelanja ialah persatuan pengguna hendaklah menganjurkan Kemepen Kesedaran Pengguna di seluruh negara. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang tanggungjawab dan hak...

Usaha-usaha Membendung Pencemaran Udara

Image
Dalam menelusuri era globalisasi yang penuh cabaran ini, isu pencemaran udara di negara kita semakin kritikal seperti retak menanti belah. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipersalahkan?  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara yang berterusan boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk global. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu usaha yang boleh dilakukan untuk membendung pencemaran udara di negara kita agar pengetahuan kita bertambah tentang isu ini kerana jauh berjalan luas pandangan.       Pada hemat saya, prakarsa prima untuk membendung pencemaran udara ialah pihak kerajaan mesti menganjurkan kempen Hari Udara Bersih secara berterusan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kempen tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang natijah  pencemaran udara terhadap kesihatan. Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar M...

Punca-punca Pencemaran Udara

Image
  Dalam menongkah arus pemodenan yang deras, isu pencemaran udara di negara kita semakin kritikal seperti retak menanti belah. Isu ini sering disiarkan dalam media massa dan diperkatakan oleh masyarakat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara yang berterusan boleh mendatangkan impak buruk kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk global. Persoalannya kini, mengapakah fenomena ini berlaku? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu punca pencemaran udara agar pengetahuan kita bertambah tentang fenomena ini kerana jauh berjalan luas pandangan.     Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Punca perdana pencemaran udara ialah pelepasan asap hitam oleh industri perkilangan. Dalam konteks ini, pengusaha kilang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JASM). Sebagai evidensinya, p engusaha kilang kimia tidak memasang alat penapis udara atau alat pemantauan secara automatik pelepasan sisa enfluen...

Kebaikan-kebaikan Pembelajaran Secara Maya

Image
Sejak awal tahun 2020, krisis global akibat penularan wabak penyakit COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seantero dunia. Dunia pendidikan di negara kita turut mengalami perubahan yang ketara menyebabkan pembelajaran secara konvensional tertangguh dalam usaha memutuskan rangkaian penularan virus COVID-19. Lantaran itu, kaedah pembelajaran secara maya dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persoalannya kini, apakah kemaslahatan kaedah pembelajaran secara dalam talian kepada guru dan murid? Sehubungan dengan itu, kebaikan pembelajaran secara maya akan dihuraikan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang kaedah pembelajaran ini bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.      Pada hemat saya, kebaikan prima pembelajaran secara maya ialah kaedah ini membantu guru memudahkan dan mempercepat penyampaian ilmu. Dalam konteks ini, guru dapat  menyediakan bahan pengajaran yan...