Posts

Kepentingan Amalan Menabung

Image
  Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, amalan menabung semakin terpinggir dalam kalangan masyarakat. Isu ini sering menjadi polemik dalam wacana akademik. Sesungguhnya, masalah ini tidak wajar dipandang sebelah mata terutamanya dalam situasi ekonomi dunia yang tidak stabil lantaran ancaman COVID-19 yang melanda dunia beberapa tahun ini. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan amalan menabung kepada masyarakat agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan mulia ini kerana jauh berjalan luas pandangan.      Umum mengetahui bahawa, kepentingan prima amalan menabung ialah amalan ini dapat memupuk sifat berjimat cermat dan tidak boros dalam diri kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita akan berbelanja secara berhemat. Sebagai contoh, kita akan menyediakan senarai barang keperluan sebelum membeli-belah. Impaknya, kita akan membeli barang yang penting dan berguna sahaja. Maka, jelaslah bahawa, amalan menabung melatih kita supaya b...

Rencana: Peranan-peranan Pelbagai Pihak Memupuk Amalan Membaca

Image
                                                     Peranan-peranan Pelbagai Pihak Memupuk Amalan Membaca Oleh: Tan Kyler Membaca jambatan ilmu merupakan peribahasa yang mengingatkan kita bahawa apabila seseorang itu suka membaca, maka semakin banyaklah ilmunya. Namun begitu, amalan membaca semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya generasi Z. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk memastikan generasi hari ini menjadikan budaya membaca sebagai rutin dalam kehidupan seharian? Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu peranan yang perlu diambil oleh  pelbagai pihak untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan generasi pada hari ini.     Antara peranan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat adalah melalui penganj...

Bahagiabn A: Syarahan - Kebaikan-kebaikan Masyarakat Bertani

Image
  Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha pengetua sekolah, Puan Tham, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Kebaikan-kebaikan Masyarakat Bertani. Hadirin yang saya hormati,     Pada era langit terbuka ini, kerajaan telah menyeru masyarakat agar bercucuk tanam di rumah ekoran krisis bekalan makanan  yang melanda seantero dunia. Pelbagai program pertanian telah dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian negara ibarat kata peribahasa, berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu. Persoalannya kini, apakah kebaikan-kebaikan masyarakat bertani? Hadirin sekalian,     Kemaslahatan perdana aktiviti pertanian ialah masyarakat dapat menjana sumber ekonomi negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat dapat menjual hasil lebihan pertanian untuk menjana pendapatan. Sebagai contoh, masyarakat boleh menjual sayur dan buah seperti cili, sawi dan rambutan di pasar ...

Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Image
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum merangkumi pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kemaslahatan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah?  Menurut Akta Pendidikan 1996, setiap murid diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurang satu kegiatan unit beruniform, satu kegiatan persatuan dan satu kegiatan kelab sukan di sekolah. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid agar pengetahuan kita bertambah kerana jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.  Dalam konteks ini, murid-murid dapat menimba ilmu dan menguasai kemahiran yang tidak dapat dipelajari secara formal di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari cara...

Langkah-Langkah Memupuk Amalan Menabung

Image
Dalam meniti arus pemodenan ini, amalan menabung semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Sesungguhnya, amalan menabung dilihat amat penting dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi dunia yang tidak stabil. Oleh itu, marilah kita rungkai satu demi satu langkah untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat hari ini agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan mulia ini bak kata peribahasa, jauh berjalan luas pandangan.     Siang bagai hari, terang bagai bulan, prakarsa perdana untuk memupuk amalan menabung sewajarnya bermula dari rumah. Hal ini realitinya menjelaskan bahawa, ibu bapa mestilah mendidik anak-anak tentang kepentingan tabiat menabung sejak kecil lagi umpama peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyediakan tabung syiling di rumah dan menggalakkan anak-anak menyimpan wang belanja persekolahan yang selebihnya di dalam tabung. Imp...

Peranan-Peranan Ibu Bapa untuk Menjamin Kesihatan Mental Anak

Image
Dalam menelusuri era globalisasi yang kian mencabar akal dan minda, isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan. Isu ini sering terpampang di dada akhbar. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, sejumlah 424,000 orang kanak-kanak didapati bergelut dengan isu kesihatan mental. Hakikatnya, ibu bapa perlu lebih peka terhadap simptom-simptom gangguan kesihatan mental yang dialami oleh anak-anak. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu peranan ibu bapa untuk menjamin kesihatan mental anak-anak kerana jauh berjalan luas pandangan.      Pada hemat saya, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap emosi anak selain memenuhi keperluan fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana, anak-anak pada zaman yang penuh cabaran ini lebih banyak menyimpan perasaan dan isi hati mereka daripada dikongsi kepada ibu bapa. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kesibukan i...

Cara-cara Melahirkan Pengguna yang Bijak Berbelanja

Image
Dalam menongkah arus modenisasi abad ke-21, isu kepenggunaan di negara kita semakin meruncing. Isu ini sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Persoalannya kini, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, pengguna berusia 25 hingga 35 tahun paling ramai diisytiharkan muflis kerana terlalu mengikut trend terkini tanpa mengambil prinsip ukur baju di badan sendiri, sebaliknya membudayakan sikap biar papa asalkan bergaya. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah melahirkan pengguna yang bijak berbelanja akan dibincangkan secara terperinci agar pengetahuan kita bertambah tentang amalan bijak berbelanja kerana jauh berjalan luas pandangan.      Langkah perdana yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan pengguna yang bijak berbelanja ialah persatuan pengguna hendaklah menganjurkan Kemepen Kesedaran Pengguna di seluruh negara. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang tanggungjawab dan hak...