Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di luar bilik darjah selepas waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum merangkumi pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab sukan. Persoalannya kini, apakah kemaslahatan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah? Menurut Akta Pendidikan 1996, setiap murid diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurang satu kegiatan unit beruniform, satu kegiatan persatuan dan satu kegiatan kelab sukan di sekolah. Sehubungan dengan itu, marilah kita rungkai satu demi satu kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum kepada murid agar pengetahuan kita bertambah kerana jauh berjalan luas pandangan. Pada hemat saya, kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Dalam konteks ini, murid-murid dapat menimba ilmu dan menguasai kemahiran yang tidak dapat dipelajari secara formal di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari cara...